You are on page 1of 6

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN.

SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Pengajian Am Bahagian C ( Penggal 2 dan 3) Isu : Pencemaran Udara

a)

Pengenalan : Pencemaran udara telah menjadi isu alam sekitar yang kian membimbangkan masyarakat dunia khususnya di negaranegara perindustrian. Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sinetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Pencemaran udara ialah apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang menggangu atau membahayakan manusia dan harta benda. Benda asing atau bahan-bahan pencemar ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap atau gas ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Pencemaran udara bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, bahkan memudaratkan kesihatan manusia. Punca-punca pencemaran udara 1. Bahan pencemar sektor perindustrian Perkembangan pesat perindustrian di Malaysia telah menimbulkan pencemaran udara. Perkembangan pelbagai jenis industri di Malaysia telah menyebabkan udara tercemar melalui pepejal terampai seperti nitrogen sulfur, plumbum, hidrokarbon sulfur oksida, dan partikel-partikel ampaian. Pencemaran oleh asap dan gas beracun serta zarah-zarah karbon ke udara yang dikeluarkan oleh serombong kilang terutamanya yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan pembakar seperti arang batu, minyak diesel dan petroleum. Selain daripada itu, bahan cemar seperti asap hitam, habuk, karbon dan debu juga merupakan punca pencemaran hasil daripada industri-industri terutama dari kilang kayu, simen baja, kilang asbestos, dan kauri banyak mengeluarkan asap mengandungi sulfur oksida. 2. Kenderaan bermotor Kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara. Kenderaan membebaskan gas-gas dan bahan pencemar ke udara semasa pembakaran minyak diesel atau petrol. Kenderaan yang menggunakan petrol mengeluarkan lebih banyak bahan karbon monoksida dan kenderaan yang menggunakan diesel mengeluarkan lebih banyak bahan cemar oksida nitrogen. Manakala ekzos kenderaan mengeluarkan bahan pencemar udara seperti kabon monoksida, plumbum, nitrogen dan partikel-partikel halus yang berbahaya dan beracun. Pencemaran udara bertambah serius di dalam bandar dan kawasan-kawasan pusat tumpuan kenderaan apabila berlakunya kesesakan lalulintas. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, paras bahan-bahan pencemar udara sangat tinggi terutama berlaku kesesakan lalulintas di jalan raya. Aktiviti pembakaran terbuka Kegiatan pembakaran terbuka menimbulkan pencemaran udara. Pelupusan sampah sarap mengikut kaedah pembakaran terbuka di kawasan tanah lapang menghasilkan asap teebal dan gas beracun yang mencemari udara. Pembakaran kawasan hutan untuk kegunaan aktiviti pertanian dan pembakaran sisa pertanian juga mengeluarkan gas karbon dioksida dan asap tebal yang mencemari ruang udara, contohnya pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian di kawasan Sumatera telah mengakibatkan jerebu yang serius di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998. Pengeluaran habuk dan debu Pengeluaran debu dan habuk juga menjejaskan kebersihan udara. Bahan-bahan pencemar udara dihasilkan oleh industri berasaskan kayu, simen, dan hasil-hasil pertanian. Kebanyakan industri tersebut tidak mempunyai sistem kawalan dan kaedah pelupusan yang sempurna. Akibatnya habuk, debu, dan partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara itu akan menyelubungi kawasan persekitaran. Selain itu, bencana alam juga menimbulkan pencemaran udara, contohnya letupan gunung berapi Pinatubo telah menyebabkan debu putih dibawa angin dari Filipina ke ruang udara Malaysia.

b)

3.

4.

c)

Kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar dan manusia 1. Perubahan iklim Pencemaran udara membawa kesan negatif kepada perubahan iklim setempat dan dunia. Pencemaran udara boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi. Kajian di Lembah Kelang iaitu di bandar Kuala Lumpur Petaling Jaya mempunyai suhu yang tinggi kerana kawasan ini atmosferanya dicemari dengan bahan-bahan cemar udara. Pertambahan karbon dioksida di udara menimbulkan kesan rumah hijau dan kenaikan suhu bumi. Hal ini kerana lapisan gas karbon dioksida dapat memerangkap tenaga haba daripada dibebaskan ke angkasa. Pemanasan bumi akan menyebabkan perubahan pergerakan air lautan dan kenaikan aras laut. Akibatnya banyak kawasan di pinggir pantai dan tanah rendah akan ditenggelami air.

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

2.

Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara membawa kesan negatif terhadap tumbuh-tumbuhan. Debu dan asap mengurangkan kadar fotosintesis. Bahan-bahan itu akan menyumbat liang stoma dan melekat pada permukaan daun. Masalah ini mengurangkan jumlah cahaya matahari yang diterima oleh tumbuh-tumbuhan. Akibatnya pertumbuhan dan produktiviti tanaman terjejas. Pembentukan hujan asid juga menjejaskan tanaman dengan merendahkan nilai pH tanah serta mengurangkan kandungan nitrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Hujan asid mengancam bakteria pengikat nitrogen dan mikroorganisma yang membantu proses pereputan bahan-bahan organik. Keadaan ini mengurangkan kesuburan tanah dan menyekat tumbesaran tumbuh-tumbuhan akibat kekurangan sumber nitrogen dan karbon dalam tanah. Keseimbangan ekosistem Pencemaran udara juga boleh menjejaskan ekosistem. Pencemaran udara menyebabkan pembentuk hujan asid dan penipisan lapisan ozon. Hal ini menimbulkan ancaman serius terhadap hidupan akuatik, terutama plankton, dan serangga akuatik. Kejadian itu menjejaskan bekalan sumber makanan ikan, di samping merosakkan telur-telur ikan dan embrionya. Penyemburan bahan agrokimia seperti insektisid, herbisid dan pestisid juga meracuni mikroorganisma serta serangga yang bukan menjadi sasaran, terutama lebah dan rama-rama. Pencemaran ini bukan hanya menjejaskan proses pendebungaan pokok buah-buahan, tetapi juga mengurangkan rantaian makanan untuk hidupan lain. Jelasnya pencemaran udara juga merosakkan keseimbangan ekologi. Kesihatan manusia Pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit. Gas karbon monoksida, abuk-abuk karbon, dan debu yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan boleh menggangu sistem pernafasan dan mendatangkan penyakit seperti sakit kerongkong, mata, jantung, dan sakit paru-paru. Asap kenderaan yang mengandungi sebatian plumbum juga merosakkan otak dan sistem saraf. Bahan cemar udara juga boleh menyebabkan lapisan ozon yang semakin hilang di atmofesra membolehkan radiasi ultra violet menembusi bumi. Ia boleh menyebabkan kanser kulit, katarak, dan penghapusan sistem pelalian manusia. Pencemaran radioaktif boleh membawa penyakit barah dan leukemia akibat kerosakan molekul DNA dan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam badan manusia. Pencemaran ini juga mengakibatkan kecacatan genetik kerana radioaktif menyebabkan mutasi dan pertikaran kod genetik pada kromosom. Jelasnya pencemaran udara memudaratkan kesihatan manusia. Penglihatan Pencemaran udara juga menjejaskan penglihatan manusia Misalnya peristiwa kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera serta Letupan Gunung Berapi Pinatubo telah menyebabkan kebanyakkan tempat di Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia kelihatan samar-samar diselaputi jerebu. Pembentukan jerebu mengakibatkan penglihatan menjadi kabur kerana di setengah-setengah kawasan, jarak penglihatan kurang daripada 100 meter. Kejadian jerebu akan menyebabkan had penglihatan terhad dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya kerana mereka mengalami kesulitan menentukan jarak kenderaan lain. Jarak penglihatan yang terhad amat membahayakan penerbangan udara. Penerbangan terpaksa ditunda dan menyebabkan kerugian kepada syarikat dan orang perseorangan khususnya yang terlibat dalam bidang perniagaan.

3.

4.

5.

Kesimpulan Pencemaran udara menjejaskan kehidupan manusia dan ekologi dunia. Oleh itu pelbagai strategi dan perancangan harus dilaksanakan bagi mengawal fenomena ini.

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Isu : a)

Jerebu

Pengenalan : Jerebu ialah fenomena alam sekitar yang pernah berlaku di Malaysia pada pertengahan Julai 1997. Jerebu terjadi apabila bahan-bahan partikel dari beberapa sumber seperti asap dan debu jalan di bebaskan ke atmosfera berhampiran dengan permukaan bumi. Jerebu juga boleh berlaku daripada perbuatan manusia sendiri seperti asap dan hasil lain kerana pembakaran bahan api atau oleh proses perindustrian. Bahan-bahan partikel ini menyerap dan menyerahkan cahaya matahari ke bumi sehingga mengurangkan jarak penglihatan. Apabila partikel jerebu bercampur dengan wap air di udara, wap air ini akan menjadi embun dan kabus yang akan menjejaskan penglihatan. Jerebu mencemarkan mutu udara dan fenomena ini telah menjejaskan jarak penglihatan dan pancaran cahaya matahari. Punca-punca Jerebu : 1. Pembakaran hutan Pembakaran hutan menjadi punca berlakunya jerebu. Pembakaran hutan khususnya di kawasan Kalimantan dan Sumatera untuk kegiatan perladangan dan pertanian pindah telah mencemarkan udara. Sejak Mei hingga September 1997, dianggarkan beratus-ratus ribu hektar hutan telah dibakar oleh syarikat-syarikat perladangan di kawasan tersebut. Pembakaran hutan akan menghasilkan asap yang tebal dan partikel-partikel di atmosfera yang boleh menyebabkan udara tercemar. 2. Pembakaran Terbuka Jerebu berlaku daripada aktiviti pembakaran terbuka. Kerajaan tempatan yang melupuskan sampah-sarap mengikut kaedah pembakaran terbuka di tanah lapang juga memburukkan lagi masalah jerebu. Sistem perlupusan itu telah menghasilkan asap tebal dan gas beracun ke udara. Pembakaran sampah secara terbuka oleh orang ramai di kawasan kediaman dan pembakaran sisa-sisa industri oleh pihak pengilang yang tidak bertanggungjawab juga mencemarkan atmosfera dengan asap hitam yang berlebihan seperti pembakaran serbuk kayu dan sekam padi. Pembangunan Industri Jerebu juga berpunca daripada aktiviti pembangunan industri yang pesat. Kilang-kilang mengeluarkan asap tebal yang mengandungi gas beracun dan bahan-bahan pencemar, seperti zarahzarah karbon dan debu-debu logam, sebabnya kebanyakan kilang tersebut menggunakan bahan api fosil sebagai bahan pembakar, seperti arang batu, petroleum, dan minyak diesel. Contohnya loji penjanaan tenaga elektrik, kilang petrokimia, dan kilang-kilang yang lain. Pelepasan habuk juga menjejaskan kebersihan udara, khususnya di tapak kuari, kilang simen, kilang kayu, dan kilang beras. Habuk yang dikeluarkan oleh kilang-kilang tersebut terapung-apung di udara dan menyelubungi kawasan sekitarnya. Keadaan ini bertambah serius jika kilang-kilang itu tidak menggunakan sistem kawalan pencemaran dan kaedah pelupusan sisa yang lebih berkesan. Kenderaan Bermotor Pertambahan kenderaan bermotor juga menjejaskan kualiti udara di kawasan bandar atau bandaraya. Kenderaan tersebut melepaskan gas-gas beracun dan bahan-bahan pencemar ke atmosfera akibat pembakaran minyak diesel dan petrol, terutama minyak berplumbum yang mempunyai kandungan zarah-zarah pencemaran yang tinggi. Sementara itu, penggunaan motosikal enjin dua lejang juga menambahkan tahap pencemaran. Masalah ini bertambah buruk memandangkan bilangan kenderaan kian bertambah setiap tahun. Contohnya pada tahun 2007 terdapat sejumlah 17.3 juta kenderaan bermotor di seluruh Malaysia dengan 14 juta daripadanya adalah berstatus aktif. Pertambahan kenderaan akan meningkatkan perlepasan asap ekzos kenderaan, terutama di pusat-pusat bandar. Faktor Alam Semulajadi Jerebu juga berpunca daripada kejadian fenomena alam semulajadi. Cuaca panas dan musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan kawasan hutan mudah terbakar. Masalah kekeringan menyukarkan tindakan untuk mengawal atau memadamkan kebakaran tersebut. Kebakaran hutan yang serius telah membebaskan asap tebal ke atmosfera. Letupan gunung juga menimbulkan pencemaran udara. Contohnya letupan Gunung Berapi Pinatubo pada Jun 1991. Debu terampai gunung berapi itu telah menyelubungi ruang udara negeri Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Debu itu juga ditiup angin ke arah barat-daya sehingga Sumatera dan kawasan Teluk Benggala. Jerebu juga berpunca daripada El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

b)

3.

4.

5.

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

c)

Kesan-kesan Fenomena Jerebu : 1. Menjejaskan Kesihatan Kejadian jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia. Kejadian jerebu boleh mendatangkan masalah kesihatan terutamanya di kalangan penghidap penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti lelah, bronkitis, radang paru-paru serta alahan pada kulit badan dan sakit jantung. Pendedahan yang terlalu lama kepada jerebu juga boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit barah paru-paru. Kesihatan akan terganggu jika zarah-zarah yang terapung di udara masuk ke sistem pernafasan melalui mulut dan kerongkong dan menyebabkan kesakitan pada mata dan kulit. Dr Zailina Hashim dari Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat UTM menyatakan bahawa plumbum yang di bawa jerebu boleh mengurangkan tahap kecerdasan otak (IQ) kanak-kanak kerana plumbum boleh merosakkan sistem saraf dan pertumbuhan otak kanak-kanak. 2. Menjejaskan Jarak Penglihatan Kejadian jerebu juga menjejaskan penglihatan. Dalam keadaan jerebu yang buruk, jarak penglihatan hanya lima meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997. Hal ini boleh mengakibatkan kemalangan udata, darat ataupun laut yang ngeri. Sebagai contoh, semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992, dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melalui Kuala Lumpur. Sebuah pesawat terhempas di Medan, Indonesia pada tahun 1997 akibat jerebu yang menyebabkan penglihatan juruterbang tersekat. Dalam cuaca buruk sedemikian, kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan. Di Selat Melaka, beberapa kes perlanggaran kapal kargo berlaku. Ini bukan sahaja akan mengorbankan nyawa manusia malah mungkin menyebabkan pencemaran alam yang serius. Hasil Pertanian Terjejas Jerebu boleh menjejaskan hasil dan kualiti sektor pertanian. Zarah-zarah terampai dalam atmosfera ketika kejadian jerebu tebal boleh menghalang pancaran matahari daripada sampai ke permukaan bumi. Keadaan mendung berpanjangan mengurangkan kadar fotosintesis tanaman. Tumbuhan pada biasanya perlu terdedah kepada cahaya matahari selama 4 jam sehingga 5 jam untuk pertumbuhan normal. Kejadian jerebu boleh mengakibatkan hasil dan kualiti pertanian merosot dan tempoh matang tanaman lebih panjang. Dengan itu, jerebu tebal memberi kesan yang lebih buruk terhadap pertumbuhan pokok. Kajian di pusat penyelidikan pertanian Johor menunjukkan hasil produk madu lebah telah merosot ketika kejadian jerebu. Ini kerana rutin aktiviti lebah yang berdasarkan keamatan cahaya dan jarak gelombang cahaya terganggu. * Menjejaskan ekonomi Dalam jangka panjang, ekonomi negara juga akan terjejas. Penutupan lapangan terbang mengakibatkan syarikat pengurusan lapangan terbang dan syarikat penerbangan seperti MAS terpaksa menanggung kerugian besar. Industri pelancongan dan perhotelan menerima pukulan yang teruk kerana tiada pelancong dalam dan luar negara yang ingin melawat kawasan yang dilanda jerebu. Kilang-kilang perindustrian, kuari, dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi untuk mengurangkan pelapasan habuk dan asap. Sumber rezeki nelayan terjejas kerana tidak dapat keluar ke laut akibat gangguan penglihatan; para pengusaha mengalami kerugian besar kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.

3.

4.

d)

Langkah-langkah Mengatasi 1. Mengurangkan Asap Pencemaran Langkah mengurangkan pengeluaran asap pencemar penting. Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan mengurangkan asap pencemar kenderaan. Alat penukar bermangkin dapat menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida, nitrogen dan wap air yang tidak bahaya. Motosikal berenjin dua lejang harus diharamkan dan digantikan dengan motosikal berenjin empat lejang. Gas pencemar kilang industri mesti dikurangkan dengan penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari atmosfera. Dengan ini, pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan. 2. Memperbaiki Kualiti Bahan Api Memperbaiki kualiti bahan api penggunaan dalam kenderaan boleh mengurangkan punca-punca jerebu. Kualiti bahan api kenderaan perlu dibaiki dengan merendahkan kandungan sulfur (minyak bersulfur membebaskan sulfur oksida, antara bahan terampai jerebu). Penggunaan bahan api yang rendah bahan pencemarnya seperti petrol tanpa plumbum juga dapat membantu pelepasan zarah terampai.

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

3.

* Tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu ini di samping undang-undang ketat yang dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. * Kurangkan Jumlah Kenderaan Di Bandar Penggunaan jumlah kenderaan di bandar dan jalan raya boleh mengurangkan kejadian jerebu. Peningkatan bilangan kenderaan bermotor adalah sumber utama jerebu di bandar iaitu kira-kira 20 peratus. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan jerebu. Ini dapat dilakukan dengan berkongsi kereta dan penggunaan pengangkutan awam secara meluas. Pengurangan jumlah kenderaan di jalan raya akan mengurangkan pembebasan karbon monoksida dan bahan pencemar lain. * Menggunakan Indeks Pencemar Udara (Air Pollution Index) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa (waktu siang dan malam) agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi. * Persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar Kerjasama dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

4.

5.

6.

Kesimpulan Tindakan yang lebih menyeluruh perlu bagi mengatasi masalah jerebu. Pihak-pihak berkenaan tidak seharusnya bertindak tegas hanya ketika masalah ini melanda. Tindakan yang berterusan dan perubahan sikap masyarakat tentang alam sekitar perlu sekurang-kurangnya meminimumkan masalah ini.

Soalan Latihan Intensif : STPM Penggal 2 : 1. Pembakaran terbuka dinegara jiran merupakan antara faktor yang menyebabkan jerebu di negara ini. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk membendungnya. Huraikan. Pencemaran udara adalah sebahagian daripada masalah alam sekitar semasa yang dihadapi akibat daripada pencapaian kemajuan pembangunan negara ini. Langkah-langkah pengawalan masalah ini perlu dilakukan. Bincangkan.

2.

STPM Penggal 3 : 3. Kemerosotan kualiti udara yang berpunca daripada pelbagai faktor bukan sahaja kesannya diterima oleh negara berkenaan tetapi turut dirasai negara-negara persekitarannya. Bincangkan.

Cikgu SEZALI DIN 1991 ~ 2014 23 Januari 2014 1.32 pm

_________________________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

You might also like