You are on page 1of 19

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam
darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan
mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh
menimbulkan inflamasi pada paru-paru.
Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan
mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun
disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan
raya.

TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti
nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati
akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang
memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari
sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan
dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada
pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan
kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam
udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat


penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit
kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan
berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini
disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut
akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.
Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada
permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan
membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat
ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan
ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan
oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi
panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem
terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal
akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini
menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh
jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan
mudah berlaku
VIA Pencemaran
Read more: http://www.panduanmalaysia.com/2014/07/kesan-pencemaran-udara-

geografi-pt3-2014.html#ixzz3kmbYgvUe
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau


zarah yang terkandung di dalam udara sehingga menyebabkan perubahan dan
menjejaskan hidupan dan juga persekitaran. Bahan-bahan tersebut berterbangan
di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses
pernafasan, keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit
barah, asma, kekejangan dan anemia.
Pencemaran udara terbahagi kepada dua iaitu pencemaran udara primer dan
pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer merupakan penghasilan
sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran
yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampaiampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri dan penggunaan dapur arang kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda
hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur
monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh,
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfurik.

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelbagai


faktor yang menyumbang antaranya seperti aktiviti perindustrian dan
pembangunan. Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri
pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar
pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan kepada
pencemaran. Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi
sulfur dioksida dan hidrokarbon manakala industri logam pula mencemarkan
udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.

Selain itu, kenderaan bermotor juga menyumbang kepada pencemaran udara.


Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta, lori dan keretapi yang hampir kesemuanya membakar bahan api fosil
yang menghasilkan asap. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah
penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan
awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun
2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali
ganda berbanding dengan sedekad lalu.

Aktiviti harian juga penyebab berlakunya pencemaran


udara. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga
untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman
udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga
mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan
klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan
rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca
pencemaran udara.
Udara yang tercemar juga berpunca daripada pembakaran terbuka.Pembakaran
pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel
jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan
inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia.
Pencemaran udara boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada hidupan
dan alam. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia.
Manusia akan menghidap pelbagai penyakit akibat menghidu udara yang
tercemar. Sekiranya udara yang dihidu telah dicemari, saluran pernafasan akan
menyerap pelbagai bahan pencemar masuk ke dalam paru-paru. Keadaan ini
seterusnya akan menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran
darah mengalami masalah.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera.


Bahan-bahan pencemar seperti CFC(klorofluorokarbon) boleh mengakibatkan
lapisan ozon menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya.
Hasilnya kandungan karbon dioksida dalam udara bertambah serta memberi
kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon
akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan
menjejaskan kesihatan manusia.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan
memerlukan udara dalam proses fotosistesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Ini akan mengakibatkan tumbuhan menguning
dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat
tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan. Bangunan
khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan
roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia
berbahaya akan melekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan
bangunan. Bangunan akan menjadi pudar, kotor, dan rapuh.
Kesimpulannya, pencemaran udara memberi impak negatif yang amat besar
kepada umat manusia. Oleh demikian, langkah-langkah proaktif perlu diambil
seperti undang-undang yang lebih ketat dan penguatkuasaannya perlu
ditingkatkan agar pencemaran udara dapat diminimumkan.

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair


atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga
berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan
lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan
negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam
sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen
ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit
seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada
itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh
menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk
pencemaran udara.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar


Utusan Pengguna pada tahun 2001

Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia


dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah
ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh
stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api
industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran
terbuka(4.9%).

Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer.


-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada
proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara
primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai
di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan
kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos
kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder.


-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida
yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan
oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas yang terdapat pada
pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur
monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan
sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai
di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh
mendatang kemudaratan kepada alam sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

Sulfur dioksida
Karbon monoksida
Nitrogen dioksida dan ozon
Alergen
Plumbum dan logam-logam lain
Floroklorokarbon (CFC).

Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh


mendatangkan kemudaratan kepada alam sekeliling tambahan pula
kawasan yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan bangunanbangunan konkrit yang besar serta padat boleh mengundang bahaya

terutamanya di kawasan kota yang paling akrab dan jelas dari


pencemaran udara.Hal ini kerana gas-gas tidak dapat bebas bergerak
dan akan terampai di atmosfera dan mengambil masa yang lama untuk
terungkai.Umumnya bahan apapun yang diperkenal kepada seseorang
yang mempunyai kesan merosakkan makhluk hidup dan persekitaran
dianggap pencemaran udara.

Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang


merupakan pemanasan bumi. Meskipun makhluk hidup seperti manusia
dan haiwan mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas, karbon
dioksida secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang
berkaitrapat dengan kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti
manusia lain yang melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti
petrol dan gas alam.Gas rumah hijau lainnya termasuk metana yang
digunakan dalam bahan penyejuk dianggap penting pada masa
sekarang walaupon ia boleh menipiskan lapisan ozon.

Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah


belerang dioksida.Sulfur dioksida dan kimia yang berkaitan dengan
pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan fenomena penyebab
hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika
dilancarkan di atmosfera yang membuat sinar matahari dan
menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung berapi boleh
memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang
boleh menyebabkan pendinginan yang berlangsung selama bertahuntahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk mengurangkan kadar
belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan
kesihatan masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai
saat ini,tahap suhu belerang dioksida lebih rendah benar-benar boleh
membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan
global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh
mendinginkan bumi dengan menghalang sinar matahari dan memotong
jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya matahari
masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.

Kebanyakan orang bersetuju untuk menghentikan pemanasan


global.Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan kepanasan suhu
bumi.Pada peringkat peribadinya,individu sudah boleh menerima cara
pengambilan perkhidmatan awam untuk melakukan aktiviti
seharian,mengitar semula bahan-bahan seperti plastik,botol ,kaca dan
surat khabar lama serta bahan-bahan lain bagi mengurangkan
pencemaran alam sekitar.Pada skala yang lebih besar pula, kerajaan
mengambil langkah-langkah untuk menyekat pembebasan karbon

dioksida dan gas rumah hijau.Salah satu cara seperti Perjanjian Protokol
Kyoto iaitu sebuah perjanjian antara negara-negara ahli untuk
mengurangkan pembebasan karbon dioksida.Cara lain adalah untuk
menetapkan cukai kepada negara yang membebaskan karbon atau
cukai lebih tinggi pada petrol sehingga orang-orang dan syarikatsyarikat akan mempunyai insentif yang lebih besar untuk menjimatkan
tenaga dan mengurangkan pencemaran.

Selain itu juga,Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh


membendung pencemaran udara ini terbukti pada tahun 2002 dengan
termenterainya satu perjanjian dengan anggota ASEAN mengenai
Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan oleh jerebu
yang melanda negara akibat pembakaran hutan di Sumatra dan
Kalimantan,Indonesia pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos
2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga dilanda masalah yang
sama akibat pembakaran hutan dan mengakibatkan dua kawasan
diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor
setelah indek pencemaran udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.

INDEK PENCEMARAN UDARA


Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya

Tuntasnya,penderan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul


akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia
menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar salah satu contohnya
penghisap rokok menghembuskan asap rokok ke udara,pembakaran sisa
buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga menbawa
kesan kepada pencemaran udara.Sebagai seorang individu yang
bertanggungjawab haruslah menjaga alam sekitar agar ia sentiasa
bersih untuk kegunaan generasi akan datang.Walaupon
begitu,masyarakat juga harus mengamalkan sikap prihatin terhadap
alam sekitar dan mengamalkan sikap "SELAMATKAN BUMI KITA" untuk
menjaga dan memelihara alam sekeliling.

1.2
a)

JENIS-JENIS PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara primer

b)

Pencemaran udara sekunder

PENCEMARAN UDARA PRIMER


Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses
membakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang
halus akan terampai-ampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
kesihatan manusia. Kebiasaanya pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos
kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

PENCEMARAN UDARA SEKUNDER


Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersamasama gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan
gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas
lain. contohnya, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfuric. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas
terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida asetil nitrat (PAN).

1.3

CIRI-CIRI UDARA YANG TERCEMAR

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan
beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan
untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti
berikut :-

Nilai IPU

Status

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301 - 500

Berbahaya

1.4

PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.


Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan
pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

1.5
1.

KESAN PENCEMARAN UDARA


TUMBUHAN

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis


iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

2.

HAIWAN

Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati
akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang
memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari
sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

3.

BAHAN

kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran
udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding
bangunan dan sebagainya. Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap
atau zarah halus. Selain itu, hakisan logam juga merupakan kesan daripada
pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

4.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat


penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit
kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan
berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

5.

HUJAN ASID

Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini


disebabkan penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air
hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan
terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid
tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada
permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan
membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

6.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL

Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat
ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah
hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini
disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam
udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi
panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem
terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal
akan berlaku

7.

KENAIKAN SUHU DI BUMI

Gas karbon dioksida terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba. Jadi
suhu dibumi dan persekitaran akan menjadi panas. Ini akan menyebabkan banjir
akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemaarau di beberapa tempat di
dunia.

8.

ATMOSFERA

udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran
yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.

1.6

1.

KAEDAH PENGAWALAN

PENAMPALAN OZON

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di


atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga
boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal
terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini
hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

2.

MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah


mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran.
Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang
dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur
air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida
sampai 90%.

3.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa


elektrik dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan
sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.
Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam
sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

4.

KITAR SEMULA

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan


buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini

merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat
mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat
dikurangkan.

5.

MENGHIJAUKAN KAWASAN

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan


dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas
oksigen melalui proses fotosintesisnya.

6.

PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum


dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

7.

MENINGGIKAN SEROMBONG ASAP

Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30


meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat
penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat
dan tidak mencemarkan udara.

8.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDNAG

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang
di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta
kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT
untuk diambil tindakan selanjutnya.

1.7

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

i.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

Pada tahun 2004, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru
ditubuhkan dengan menggabung 10 agensi alam sekitar dan sumber asli di
bawah satu pentadbiran untuk memudahkan pendekatan pengurusan alam
sekitar dan sumber asli yang terselaras dan komprehensif.

ii.

Bahagian Meteorologi

Meteorologi memainkan peranan penting dalam pembentukan,


pengangkutan dan penyebaran pencemaran udara. Diatas kesedaran ini, Jabatan
Meteorologi Malaysia telah menubuhkan Bahagian Kajian Alam Sekitar pada
tahun 1976 untuk menyumbang kepada pemuliharaan dan peningkatan kualiti
alam sekitar dan kemajuan pengetahuan dan pemahaman proses-proses
atmosfera.

iii.

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan alam Sekitar berperanan dalam mengawal dan memantau


lembangan sungai dan menentukan kualiti udara berdasarkan paramater kualiti
udara. Selain itu, JAS juga berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan
undang-undang berkaitan dengan pencemaran udara.

1.8

KOMEN ATAU CADANGAN MENGATASI PENCEMARAN AIR

Penubuhan stesen-stesen pengawasan udara hendaklah di tambah dari semasa


ke semasa terutamanya di kawasan perindustrian dan persimpangan jalan raya
yang penuh sesak. Stesen-stesen ini hendaklah mampu mengukur pelbagai jenis
bahan pencemar agar keadaan kualiti udara dapat digambarkan dengan lebih
tepat. Penswastaan stesen-stesen pengawasan kepada Alam Sekitar Malaysia
Sdn Bhd (ASMA) bermula pada tahun 1996 di beberapa buah negeri adalah
sesuatu yang baik kerana peralatan pengawasan syarikat swasta pastinya lebih
baik berbanding kerajaan kerana untuk menjaga imej syarikat (JAS.1999).

1.9

CONTOH ARTIKEL PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan kurang


sihat apabila ia mula mencecah 115 manakala kawasan sekitar Shah Alam,
Banting dan Kuala Selangor masih pada paras sederhana.
Peningkatan dipercayai berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasan tanah
gambut yang dikesan di daerah ini menyebabkan kualiti udara terutama di Meru

dan Kapar merosot, sekali gus menjejaskan aktiviti orang ramai yang bimbang
dengan kesihatan masing-masing.
Tinjauan Harian Metro mendapati ada antara penduduk masih menjalankan
aktiviti harian seperti biasa, malah ada juga mula mengenakan topeng muka
mengelak terdedah jerebu hasil daripada kebakaran yang dipercayai bermula
sejak minggu lalu.
Seorang penduduk Taman Kapar Indah, Halijah Sabtu, 51, berkata, dia terpaksa
menggunakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau asap yang melanda
kawasan itu.
Saya tahu keadaan jerebu di sini belum lagi pada tahap mengganggu aktiviti
harian, namun bau asap yang sangat kuat menyebabkan saya serta ahli keluarga
terpaksa memakai topeng muka.
Saya berharap Meru akan dilanda hujan dalam masa terdekat, sekali gus
membantu anggota bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran
yang mengundang pencemaran udara di kawasan ini, katanya.
Seorang lagi penduduk di Pelabuhan Klang, Mohd Kamil Mohd Yusoff, 36, berkata,
masalah jerebu yang melanda kali ini tidak seteruk seperti yang dialaminya
tahun lalu kerana bacaan IPU yang dicatatkan mencecah hampir 200 dan
kawasan ini dikategorikan sebagai tidak sihat.

PUNCA PENCEMARAN
Kebakaran hutan dan belukar di kawasan tanah gambut yang dikesan di
daerah ini menyebabkan kualiti udara terutama di Meru dan Kapar merosot.
KESAN PENCEMARAN
-

Kesihatan penduduk terganggu.

Mengganggu aktiviti harian penduduk.

KAEDAH RAWATAN
-

Memadamkan kebakaran yang mengundang pencemaran udara.

Penduduk perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan daripada


menghidu udara yang tercemar.
PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba
Penyelamat.

2.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam


sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya
tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk
menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan
dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak
patut kita memusnahkannya.

You might also like