Dua sungai di Negeri Sembilan punca pencemaran Sungai Semenyih - Utusan Malaysia

Dua sungai di Negeri Sembilan punca pencemaran Sungai Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Punca pencemaran air mentah di Sungai Semenyih sehingga dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti pembersihan ladang angsa di Sungai Pajam, Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, selain ladang tersebut, kawasan Perindustrian Nilai 3 turut disyaki menjadi punca kepada pencemaran di Sungai Batang Benar yang menjadi sumber air mentah kepada Sungai Semenyih.

Menurutnya, kedua-dua sungai yang terletak di sempadan negeri Selangor itu telah mengalami pencemaran bau sehingga menjejaskan kualiti air Sungai Semenyih.

“Setakat ini, kedua-dua LRA masih tidak boleh beroperasi dan sehingga pukul 9.30 pagi tadi, bacaan di Sungai Semenyih berada pada tahap lapan ton.

“LRA akan dibuka semula selepas bacaan bau tiada (0 ton). Kita tidak pasti bila LRA ini akan beroperasi, namun telah mengepam air dari beberapa kawasan untuk disalirkan ke dalam Sungai Semenyih bagi meneutralkan semula air sungai terbabit,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Tasik Idaman, di sini hari ini selepas meninjau aktiviti mengepam air tasik tersebut ke dalam Sungai Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya