Kualiti udara di Petaling Jaya, Segamat makin buruk - Utusan Malaysia

Kualiti udara di Petaling Jaya, Segamat makin buruk

KEADAAN jerebu di beberapa kawasan semakin teruk pada pukul 5 petang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petaling Jaya, Selangor dan Segamat, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk berbanding pagi tadi.

Petaling Jaya mencatatkan IPU 120, manakala Segamat 105 setakat pukul 5 petang tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di seluruh Malaysia masih menunjukkan paras sederhana.

Hanya tujuh lokasi menunjukkan IPU baik iaitu Tanjung Malim, Perak (46), Kota Tinggi, Johor dan Temerloh, Pahang mencatatakan bacaan IPU 49, Sandakan, Sabah (38), Kota Kinabalu, Sabah (50), Kapit, Sarawak(44) serta Sarikei, Sarawak (46).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Terdahulu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) memaklumkan akan memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan jerebu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya