Anda di sini

Lima kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 9 pagi

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka merupakan kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 153.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Bandaraya Melaka (146), Port Dickson (109) di Negeri Sembilan dan Batu Pahat (134) serta Tangkak (116) di Johor.

Sebanyak 51 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - BERNAMA
 

Advertisement