Zeitgeist 2010: Bagaimana dunia cari

Dari Piala Dunia ke gempa bumi Haiti, 2010 telah menyatukan dunia. Sedangkan kita meninggalkan tahun ini, kami menyorot peristiwa, berita dan orang terhebat yang telah membentuk tahun ini. Kami menganalisis berbilion pertanyaan yang ditaipkan dalam Google sepanjang tahun untuk memberikan anda gambaran sepintas lalu 2010 seperti yang dilihat melalui lensa carian Google.

Kaedah

Untuk menyusun Zeitgeist Penghujung Tahun 2010, kami telah mengkaji semua berbilion pertanyaan yang orang taipkan dalam carian Google tahun ini. Kami menggunakan data dari pelbagai sumber, termasuk Insights for Search dan alat data dalaman. Kami juga menapis keluar spam dan pertanyaan berulang bagi membina senarai terbaik yang menggambarkan semangat masa. Semua pertanyaan carian yang kami kaji adalah tanpa nama—tiada maklumat peribadi digunakan.

Serba sedikit mengenai bagaimana kami menghuraikan senarai: kecuali jika dicatatkan, semua istilah carian adalah yang paling popular untuk 2010—disusun mengikut jumlah pertanyaan carian tertinggi tahun ini. Dalam beberapa kes, kami menyenaraikan pertanyaan "paling cepat meningkat", yang bermaksud kami mendapati carian paling popular dilakukan pada 2010 dan kemudian menyusunnya berdasarkan kepada berapa banyak popularitinya meningkat berbanding 2009. Sebaliknya, pertanyaan "paling cepat jatuh" adalah amat popular pada 2009 tetapi kurang popularitinya pada 2010.

Mengenai Penggambaran ini

Jumlah carian yang dinormalkan menggambarkan berapa banyak carian telah dilakukan untuk tempoh tertentu, dikaitkan dengan jumlah keseluruhan carian yang dilakukan pada Google sepanjang masa. Ia bukan merupakan jumlah carian mutlak, kerana data dinormalkan dan ditunjukkan pada skala 0-100. Setiap pertanyaan dibahagikan dengan mata tertinggi yang dicapai oleh pertanyaan tersebut, atau 100. Apabila kami tidak mempunyai data yang mencukupi, 0 dipaparkan. Baca lagi mengenai bagaimana data carian kami diukur dan dinormalkan.

Tahun ini, kami menambah penggambaran data interaktif untuk peristiwa global utama dan orang yang popular sepanjang tahun ini. Terokai peristiwa terbesar dunia, lihat selebriti dan orang mana yang paling popular dan menyelami dengan lebih dalam setiap pertanyaan dengan alat kami yang baru.

Lebih Data

Kami harap anda seronok mengimbas kembali peristiwa 2010. Tetapi kisah ini tidak perlu berakhir di sini—jika anda berminat untuk menerokai trend carian di seluruh dunia dengan lebih jauh lagi, terdapat berbagai-bagai cara melakukannya.

Terjemahkannya

Anda boleh menggunakan pelbagai alat Terjemahan Google untuk menterjemah sebarang halaman Zeitgeist penghujung tahun antarabangsa kami ke dalam sehingga 51 bahasa. Contohnya, jika anda bertutur dalam Bahasa Sepanyol tetapi mahu membaca apa yang popular di Jepun tahun ini, cuma masukkan teks atau URL halaman web halaman Zeitgeist Jepun ke dalam Terjemahan Google dan membacanya dalam bahasa ibunda anda. Atau anda boleh gunakan Google Toolbar pada Internet Explorer atau Firefox, dengan terjemahan terperinci yang akan menterjemahkan halaman tersebut untuk anda secara automatik. Anda juga boleh menterjemah sebarang halaman secara automatik dengan Google Chrome.

Selami lagi

Zeitgeist Penghujung Tahun kami hanyalah sampel kecil trend pertanyaan dan aliran yang menarik tahun ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi daripada apa yang kami kongsi di sini, cuba gunakan alat ini untuk meneroka lebih lanjut mengenai istilah carian sedunia dan zon dunia sepanjang masa (dalam beberapa kes, sejauh 2004).

Peribadikannya

Kemungkinan anda cuma mahu melihat tingkah laku web anda sendiri dengan lebih teliti sepanjang tahun lalu. Walaupun data yang kami gunakan untuk Zeitgeist kami adalah tanpa nama dan dalam kumpulan, terdapat beberapa tempat yang anda boleh lihat untuk memeriksa trend carian peribadi anda sendiri jika anda mempunyai akaun Google.

Biarkan ia terus hidup

Ikuti perkembangan topik hangat tahun ini dan dapatkan yang terkini apabila ia muncul pada tahun 2011. Ada pelbagai cara untuk anda mengikuti perkembangan topik kegemaran anda dan dapatkan lebih banyak maklumat mengenainya.