Sukan Olimpik Khas Dunia 2015

Olimpik Khas memperkasa individu yang kurang keupayaan intelektual untuk menjadi ahli yang diterima dan dihargai dalam komuniti mereka, lantas membentuk masyarakat yang lebih menghormati dan terangkum untuk semua. Sukan Olimpik 2015 yang merupakan acara kemegahan mereka, telah berlangsung di Los Angeles dan menyaksikan penyertaan 6,500 orang atlet dari 165 buah negara bertanding dalam 25 acara sukan yang berbeza untuk menunjukkan makna keberanian, kegembiraan dan keazaman yang sebenar. Untuk melancarkan acara besar-besaran ini, beratus-ratus orang perlu bekerjasama dengan cepat untuk mengurus 30,000 sukarelawan, 500,000 penonton dan berpuluh-puluh juta dolar dana sumbangan. Teknologi yang membantu organisasi ini bergerak dengan cepat dan cekap sangatlah penting. Mereka berjaya memanfaatkan Google Apps untuk menyelaras dan bekerjasama dengan sukarelawan mereka. Untuk mengembangkan dan menarik khalayak yang ramai dan bersemangat, mereka menggunakan Geran Iklan Google untuk menjalankan kempen AdWords yang berjaya menarik minat 44% pengguna baharu ke tapak tersebut dan separuh daripada pendaftaran pelanggan mereka. Google Analitis memberi mereka analisis dan maklumat yang tepat berkaitan gelagat tapak secara keseluruhan, mengukur jumlah dan jenis penglibatan yang dihasilkan dan memahami punca bagi minat itu. Dengan menggunakan Studio YouTube di Los Angeles, mereka berjaya mencipta kandungan video yang menarik menggunakan belanjawan yang sangat terhad.

Misi kesedaran kami yang membawa kepada penerimaan dan perangkuman bermakna menyiarkan kisah hebat ini kepada seramai pengguna yang boleh. Google telah membantu kami mengenal pasti sasaran dan juga mendapatkan khalayak global supaya mesej tersebut dapat disebarkan.

Patrick McClenahan, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Sukan Olimpik Khas Dunia 2015

Ketahui tentang organisasi bukan untung yang memberi inspirasi ini & cara organisasi ini menggunakan teknologi untuk menyokong misi mereka